Hospital SSB terima 3,300 gaun pembedahan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 5 OKT – Sebagai tanda sokongan kepada para petugas barisan hadapan dalam krisis kesihatan yang dihadapi ini, sekumpulan individu dan syarikat-syarikat telah berganding bahu dalam inisiatif untuk menyumbangkan 3,300 gaun pembedahan kepada
Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait, hari ini.

Mengetuai kumpulan yang terdiri daripada 25 individu dan syarikat dari Kuala Belait dan Seria itu ialah perwakilan kumpulan berkenaan iaitu Chai Youk Fatt and Chong Chung Leong yang menjelaskan bahawa gaun pembedahan berkenaan telah dikumpulkan dalam tempoh sebulan, dengan nilai keseluruhan $17,000.

Antara yang menghulurkan sumbangan ialah Thomas Ee Tek Choo mewakili Buildtech Development & Construction Co yang menyumbangkan 500 gaun pembedahan dan Chin Kim Min serta Lim Suat Ley bersama-sama menyumbangkan 300.

Bong Li Ngo dan Alice Chai Xing Ying pula menyumbangkan 270 gaun pembedahan dan Tan Yung Lee, Loo Soon Nin, Chai serta Milimewah Dept Store Sdn Bhd menyumbangkan sejumlah 200.

Sementara itu, Chua Teng Thiam, Tin Hui Ming, Ching Hoe Hardware Sdn Bhd, Ng Eng Boon, Wong Ah Heng, Chin Shun Chuh, Chong Chung Leong, Ng Cheng Ming, Chin Kim Tong, Ho Chuang Chui, Goo Hang Leong dan Sylvester Leong masing-masing menyumbangkan 100 helai untuk inisiatif itu. Turut menyumbang ialah Chua Yung Che, Lee Ven Yew dan Chan Kheng Khiong yang masing-masing menyumbangkan 50; Tan Sing Yong dengan 40 helai, Liew Yu Ngen dengan 30 helai dan Choo Siew Whay menyumbangkan 10 helai.

Hadir untuk menerima sumbangan berkenaan ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital SSB, Awang Abdul Afiq Ahmad Mahmud yang menyampaikan penghargaannya bagi pihak hospital kepada individu-individu dan syarikat berkenaan yang memberikan sumbangan berkenaan.

Menurut beliau, sumbangan berkenaan akan membantu memastikan kesihatan dan keselamatan pegawai dan kakitangan perubatan serta membantu mengekalkan operasi harian hospital.

Kumpulan berkenaan juga berharap bahawa sumbangan tersebut akan membantu menyokong para petugas barisan hadapan serta menggalakkan lebih banyak kerjasama antara orang awam dengan kemudahan kesihatan dalam sama-sama menangani krisis yang dihadapi.

Perwakilan kumpulan berkenaan menyerahkan sumbangan gaun pembedahan kepada Hospital SSB.