Hospital Suri Seri Begawan terima 40 kotak minuman

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 24 OGOS – Berikutan pengumuman kejohanan bola keranjang ditunda baru-baru ini disebabkan langkah ketat yang dilaksanakan di seluruh negara, Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) dan Hui Huang Enterprise mengambil peluang tersebut untuk menyumbang balik kepada komuniti.

Sumbangan termasuk penyerahan sejumlah 40 kotak minuman You C-1000 Isotonic kepada Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait untuk kegunaan pekerja barisan hadapan dan pegawai perubatan di hospital berkenaan.

Hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada wakil hospital ialah ahli jawatankuasa dari BDBA dan wakil dari Hui Huang Enterprise.

BDBA dan Hui Huang Enterprise berharap sumbangan berkenaan dapat membantu pekerja barisan depan dan pegawai di hospital menjalankan tugas terbaik dalam membantu mengekang penularan COVID-19.

Persatuan berkata ia tetap komited untuk memastikan keselamatan pemain dan anggotanya dengan mematuhi langkah-langkah ketat yang telah dikuatkuasakan.

Ahli Jawatankuasa BDBA dan wakil Hui Huang Enterprise menyampaikan sumbangan berupa minuman You C-1000 Isotonic kepada Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. – Gambar serahan BDBA