Hospital terbeban, kes COVID-19 meningkat

DAMSYIK, 26 SEPT – Hospital-hospital di ibu kota Syria, Damsyik dan wilayah pesisir Latakia telah mencapai kapasiti penuh kerana kemasukan pesakit koronavirus yang meningkat, kata seorang pegawai kesihatan hari ini.

“Kami telah mula memindahkan pesakit COVID-19 dari wilayah Damsyik ke wilayah Homs dan dari Latakia ke wilayah Tartus,” kata Tawfiq Hasaba, seorang pegawai kementerian kesihatan.

Langkah itu dilakukan setelah “Hospital-hospital di daerah-daerah ini mencapai kapasiti penuh karena lonjakan besar kes koronavirus,” tambahnya.

Syria kelmarin mencatat 442 jangkitan koronavirus baharu di kawasan yang dikuasai kerajaan, rekod harian baharu untuk negara yang dilanda konflik yang telah mencatat lebih dari 32,580 kes, termasuk 2,198 kematian di wilayah yang dikendalikan oleh rejim, sejak awal wabak tahun lalu. – AFP