Sunday, January 26, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital terbesar Al-Shifa dibom, 13 maut

    SEMENANJUNG GAZA, 10 NOV – Rakyat Palestin berkata hari ini satu serangan maut melanda perkarangan hospital terbesar di Gaza ketika pertempuran hebat antara Hamas dan Israel telah mendorong puluhan ribu orang awam melarikan diri dari rumah mereka.

    Kerajaan Hamas di Gaza melaporkan 13 orang terkorban dan pengarah hospital Al-Shifa menyalahkan tentera Israel atas serangan di kemudahan yang melindungi orang ramai yang cuba melarikan diri daripada pertempuran. Israel tidak segera mengulas.

    Pengarah hospital Al-Shifa, Mohammad Abu Salmiya melaporkan dua orang terbunuh dan 10 cedera dalam satu serangan yang menurutnya terkena wad bersalin di kawasan itu.

    Kenyataan kerajaan Hamas berkata, “13 orang syahid dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan Israel ke atas perkarangan Al-Shifa hari ini” di tengah Bandar Gaza, memberikan jumlah kematian yang tidak dapat disahkan oleh AFP.

    Tentera Israel telah berulang kali menuduh Hamas menggunakan hospital, khususnya Al-Shifa, untuk menyelaraskan serangan mereka terhadap tentera dan juga sebagai tempat persembunyian ketuanya. Pihak berkuasa Hamas menafikan tuduhan itu.

    Abu Mohammad, 32, telah berlindung di hospital bersama 15 saudara selepas pengeboman di kawasan kejiranan di bahagian timur laut Bandar Gaza.

    “Tiada tempat selamat lagi. Tentera membedil Al-Shifa. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya. “Ada tembakan di hospital. Kami takut nak keluar.” – AFP

    Nama ditulis pada beg mayat seorang penduduk Palestin untuk persediaan dikebumikan di rumah mayat di hospital Najjar di Rafah kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda