Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Hospitel’ berkonsep family healing, percepat proses pemulihan

    PATTANI, 13 OKT – Thailand mewujudkan ‘hospitel’ berkonsepkan family healing khas untuk pesakit COVID-19 untuk memastikan mereka menerima rawatan yang selesa di sisi keluarga dan mempercepatkan proses pemulihan.

    Lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini di empat wilayah selatan iaitu, Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla menyebabkan kekurangan katil di hospital.

    Untuk menampung jumlah pesakit yang ramai khususnya di kalangan mereka daripada satu keluarga, Hospital Siroros di Pattani dengan kerjasama Hotel Park Intown dan Hotel Rainbow Mansion mewujudkan ‘hospitel’ iaitu menjadikan hotel sebagai hospital sementara.

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Hospital Siroros, Dr Abdul Qadir Yusuf berkata ‘hospitel’ yang berkonsepkan family care dan family healing ini mendapat sambutan positif apabila pesakit dari satu keluarga ditempatkan di bilik khas dan mereka dapat memantau dan menjaga antara satu sama lain.

    “Bilik khas untuk satu keluarga ini memudahkan pemantauan dan pada masa yang sama ia mewujudkan satu suasana yang lebih selesa kepada pesakit untuk menerima rawatan.

    “Selain itu, apabila pesakit COVID-19 bersama ahli keluarga masing-masing, ia menjadi penguat semangat untuk melawan virus itu. Konsep family care dan family healing ini dapat mempercepatkan proses pemulihan pesakit,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    Pemandangan bandar Bangkok pada 12 Oktober. Thailand mewujudkan ‘hospitel’ untuk pesakit COVID-19 menerima rawatan bersama keluarga mereka. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda