TOKYO – Sebuah hotel di Jepun menjadi hak milik alam semula jadi sepenuhnya sejak ia di-tinggalkan lebih 20 tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.
Pengembara Belanda, Bob Thissen melawat Hotel Mata Air Panas Hachijo itu yang pernah menjadi destinasi pelancongan popular di sebuah pulau tropika di luar perairan Tokyo. Hotel itu ditutup selepas muflis dua dekad lalu.
Kelihatan misteri dan menyeramkan
Cuaca lembap mengakibatkan bangunan tersebut lebih cepat nampak usang dengan bahagian dalamnya dilitupi paku-pakis dan lumut.
Ketika meneroka bahagian dalam hotel itu baru-baru ini, Thissen menemui sebuah konsol permainan video lama, telefon dan anak patung haiwan menyeramkan. Di dalam sebuah bilik permainan pula dia menemui lebih 12 mesin arked. Lelaki itu turut menemui sebuah piano diselaputi debu tebal. – Agensi

