Hotel Mulia perkenalkan tiga perisa kuih bulan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Festival Pertengahan Musim Luruh akan disambut tidak lama lagi dan ia sinonim dengan kuih bulan yang terkenal di seluruh dunia.

Sehubungan itu, cef-cef Hotel Mulia tidak ketinggalan meraikan festival itu dengan mempersiapkan kuih bulan buatan tangan, kali ini menampilkan tiga perisa kuih bulan yang menarik dan unik.

Tiga kuih bulan tersebut ialah Green Tea and Japanese Red Bean, Belgian Chocolate Tiramisu dan Coffee Hazelnut yang kesemuanya dibuat dengan mementingkan perincian dan menggunakan bahan berkualiti premium yang menggabungkan aiskrim Haagen Dazs dalam kesemuanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menikmati kuih bulan yang hanya terdapat setahun sekali ketika festival musim luruh, bolehlah mendapatkannya di hotel tersebut.

Tiga perisa kuih bulan yang dihasilkan oleh cef-cef Hotel Mulia.