Wednesday, October 5, 2022
24.9 C
Brunei

Hotel Radisson kongsi resipi sempena BDF

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Bersempena Festival Disember Brunei (BDF), Hotel Radisson dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Kanada di Negara Brunei Darussalam akan menawarkan perkongsian resipi pencuci mulut istimewa Kanada, Nanaimo Bars kepada orang ramai secara maya menerusi platform Zoom pada 15 Disember ini.

Hadir selaku tetamu istimewa pada acara demonstrasi itu nanti ialah Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Jeanette Stovel yang sekali gus akan berkongsi mengenai aspek pengetahuan dalam perniagaan di samping sama-sama mengikuti pendidikan interaktif dengan merasai pengalaman yang mengetengahkan ramuan Nanaimo Bar bermula daripada asas bersama para peserta.

PYT Jeanette Stovel turut merakamkan rasa berbesar hati untuk berkongsi hidangan menarik mereka iaitu salah satu hidangan pencuci mulut Kanada yang unik, berkrim dan lazat sehingga menawan cita rasa semua di mana semua orang boleh menikmati dan mempelajarinya.

Menurut Pengurus Besar Hotel Radisson, Miriam Wolber, Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali sebagai sebuah negara yang memiliki hidangan yang sungguh indah dan acara jalinan kerjasama berkenaan pastinya menjadi suatu kegembiraan sebagai sebahagian daripada acara tahunan menerusi BDF.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -