Hotel Radisson sumbang barangan keperluan

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Sebagai usaha sama meringankan bebanan kerajaan dalam menangani cabaran penularan pandemik COVID-19 di negara ini, Hotel Radisson melalui Persatuan Hotel Brunei (BAH) terus memberi sokongan menerusi sumbangan barangan keperluan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hotel Radisson, hari ini, antara barangan yang disumbangkan ialah 1,000 botol syampu dan 1,200 sabun yang akan diedarkan ke pusat-pusat pengasingan di negara ini.

Pengurus Besar Hotel Radisson, Miriam Wolber menyatakan bahawa walaupun kini negara menghadapi pelbagai cabaran, namun mereka amat menyedari bahawa ada keperluan penting dalam komuniti maka dengan itu pihak Hotel Radisson tetap komited untuk menjadi sebuah perniagaan yang menanai tanggungjawab dalam sama-sama berusaha ke arah pelbagai kegiatan positif.

Kegiatan sumbangan itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel berkenaan, lebih-lebih lagi di saat negara menghadapi krisis kesihatan sebegini.

Miriam Wolber bergambar bersama barangan keperluan untuk disumbangkan ke pusat-pusat pengasingan negara. – Gambar serahan Hotel Radisson