Tuesday, December 5, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Hotel Trump dijual pada harga AS$375 juta

    WASHINGTON, 15 NOV – Syarikat hotel keluarga bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjual hak ke atas Trump International Hotel di Washington DC dengan harga AS$375 juta, lapor Sputnik memetik Wall Street Journal.

    Merchant Group, syarikat pelaburan yang berpangkalan di Miami CGI itu kini dalam proses mendapat kontrak untuk memperoleh pajakan hotel tersebut, lapor akhbar itu kelmarin memetik sumber.

    Syarikat itu bercadang menyingkirkan nama Trump dan telah mencapai perjanjian dengan Hilton Worldwide Holdings Inc untuk hartanah itu diuruskan Waldorf Astoria daripada kumpulan Hilton.

    Urus niaga penjualan hotel Trump itu dijangka selesai pada suku pertama 2022. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 15 Januari 2020 menunjukkan Trump International Hotel di Washington. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Belarus, China terus tingkat hubungan

    BEIJING, 4 DIS – Presiden China, Xi Jinping, dan Alexander Lukashenko mengalu-alukan peningkatan hubungan hari ini, setelah mereka mengadakan perbincangan semasa lawatan kedua pemimpin...