Hotel ubah suai bilik untuk Ronaldinho

ASUNCION, 16 APRIL – Dengan bandar Paraguay di bawah perintah berkurung, bekas bintang bola sepak Brazil menghabiskan minggu kedua tahanan dalam rumah di sebuah hotel eksklusif di Asuncion, di mana bilik tarian telah diubah usai bagi membenarkan dia mengasah kemahiran bola sepak, ketika dia menunggu perbicaraan kerana memasuki negara itu dengan menggunakan pasport palsu.

Pemenang Piala Dunia berusia 40 tahun dan abangnya yang merupakan pengurus perniagaan, Roberto, kini menginap dalam bilik $350 untuk satu malam di hotel Palmaroga yang berkonsepkan kolonial, dengan jarak hanya beberapa buah bangunan dari ibu pejabat kerajaan.

“Kelmarin mereka membuat peraturan bola sepak untuknya. Kami menyediakan sebuah bilik – kira-kira 30 meter kali 15 – untuk membolehkan dia berlatih kemahiran menimbang bola sepak,” kata pengurus hotel, Emilio Yegros memberitahu AFP. – AFP