Hotspur ‘berwajah baharu’

LONDON, 21 NOV – Menyingkirkan diri daripada pekerjaan terdahulu kerana perselisihan, Jose Mourinho kini kembali membimbing Hotspur dengan matlamat serta misi baharu untuk dilaksanakan.

Namun di sebalik perubahan ini, adakah Tottenham bakal mendapat pengurusan yang lebih baik, dan bukannya mencetuskan persengketaan dalaman seperti di Chelsea dan Manchester United?

Penyingkiran Mourinho daripada pengurusan berakhir selepas dilantik kelmarin oleh Tonttenham dalam masa 12 jam selepas pengumuman pemecatan Mauricio Pochettino.

“Saya tidak boleh terlalu gembira dan cabaran bakal menanti,” kata Mourinho dalam satu rakaman video yang dikeluarkan oleh Tottenham.

“Apa yang boleh saya janjikan? Hasrat, hasrat sebenar.

Gambar fail pada 1 Januari 2015 menunjukkan Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino memeluk Jose Mourinho sebaik sahaja tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan Chelsea di Stadium White Hart Line, London. – AP

“Hasrat kerjaya saya, tetapi jua hasrat untuk kelab saya, itulah cara saya bekerja dan saya ingin mencuba sambil menambah segala-galanya membawa kegembiraan kepada semua yang menyukai kelab ini.

Mourinho selalu memberikan kegembiraan dengan memenangi trofi dan merangkul kejayaan.

Tetapi beberapa pemainnya merasa suram dalam beberapa situasi terutama sekali ketika hubungan Mourinho dengan pegawai kelab, pemain dan juga peminat sedikit tegang.

Terdapat ‘perselisihan yang jelas’ yang menghalang Mourinho di Chelsea pada Disember 2015.

Pergolakan selama dua setengah tahun dalam memimpin Manchester United berakhir pada Disember 2008, apabila kelab itu bosan dengan jurulatih yang terus menerus memilih untuk bertengkar dan mengkritik pemain daripada terus berjuang dalam satu kumpulan. Tetapi Mourinho memenangi tiga kejuaraan liga Perdana semasa pertarungannya di Chelsea dan menjulang trofi liga Eropah sebagai kemenangan terbesarnya di Manchester. – AP