LONDON, 14 Mac – Harapan Antonio Conte menjulang gelaran berganda dalam musim pertamanya sebagai pengurus Chelsea menghadapi halangan sukar dalam menghadapi Tottenham Hotspur pada separuh akhir Piala FA selepas undian semalam.
Conte yang menukar Chelsea dari pasukan pertengahan carta pada minggu lalu kepada pendahulu Liga Perdana dalam kempen ini, lebih bersemangat dengan fakta rekod Spurs di Wembley yang menyedihkan.
Pasukan Mauricio Pochettino itu menang hanya satu daripada empat perlawanan Eropah ‘di gelanggang sendiri’ di sana musim ini walaupun pasukan pengurus dari Argentina itu pernah menamatkan 13 kemenangan Chelsea berturut-turut awal musim ini dengan kemenangan 2-0 di White Hart Lane.
Kali terakhir Spurs mara ke peringkat ini adalah pada 2012, di mana mereka juga menghadapi Chelsea dan tewas 5-1.
“Untuk berada dalam separuh akhir dan beraksi di Wembley adalah satu kepuasan yang bagus bagi kami,” kata Conte berikutan kemenangan 1-0 dalam suku akhir menentang Manchester United. “Itu satu lagi perlawanan sukar menentang pasukan yang kuat.
“Kami bermula dengan satu kemenangan bagi mereka dan satu bagi kami. Sudah pasti ia perlawanan yang menarik bagi peminat kami.
“Mereka menunjukkan mampu untuk menewaskan kami tetapi juga kami juga menunjukkan kami mampu untuk menewaskan mereka. Sekarang kita akan melihat keputusan itu pada suku akhir nanti.”
Persaingan separuh akhir lain adalah Arsenal Arsene Wenger menentang Man City yang dikendalikan oleh Pep Guardiola.
Bos Gunners berharap Piala itu boleh memberikan sebahagian semangat dalam apa yang dilihat musim mengecewakan, ulangan kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Wembley ketika Arsenal mencatatkan kemenangan 3-0 dalam Perisai Komuniti. – AFP