Howard kembali sebagai pemilik kelab

LOS ANGELES, 5 MAC – Bekas pemain Amerika Syarikat (AS), Manchester United dan penjaga gol Everton, Tim Howard keluar dari persaraannya untuk mengambil alih tugas dengan menyertai kelab Memphis 901 FC, pasukan Liga Bolasepak United di mana beliau sebagai pemilik bersama kelab tersebut.

“Sejak saya bersara pada bulan Oktober lalu, obsesi saya terhadap bolasepak telah berkembang,” kata Howard yang berusia 40 tahun dalam satu kenyataan.

“Keinginan untuk menang terus mendorong saya, saya suka bermain dan saya suka bersaing, ini memberikan saya peluang untuk melakukan kedua-duanya.”

Howard, yang menghabiskan musim keempat dan terakhir di Liga Utama dengan Colorado Rapids pada tahun 2019, memulakan penglibatannya dengan Memphis 901 sebagai pemilik bersama.

Pada bulan Januari lalu beliau diumumkan akan menjadi pengarah sukan di kelab divisyen kedua itu.

Howard adalah penjaga gol terbanyak membuat penampilan dalam sejarah pasukan kebangsaan AS dengan 121 penampilan.

Ini termasuk peranan awalnya di Piala Dunia 2010 dan 2014. – AFP