HP bakal kurangkan ribuan pekerja

SAN FRANCISCO, 4 OKT – Pembuat pencetak dan computer dari Amerika Syarikat, HP, mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan lebih daripada 10 peratus daripada tenaga kerjanya di seluruh dunia bagi memudahkan operasi dan mengurangkan kos.

Syarikat yang berpangkalan di California itu berkata ia akan mengurangkan tenaga kerjanya, 55,000 kakitangan ketika ini, sehingga 9,000 orang dalam tempoh tiga tahun seterusnya.

“Kami melaksanakan tindakan berani dan muktamad kerana kami mahu memulakan fasa seterusnya,” kata bakal CEO HP, Enrique Lores, yang bakal mengambil tampuk HP pada November, menurut satu kenyataan media.

Pelan yang didedahkan oleh Lores adalah tindak balas kepada perubahan tabiat pengguna, terutamanya berhubung barisan perniagaan kartrij pencetak syarikat tersebut.

Di bawah penstrukturan semula itu, HP akan meningkatkan fokusnya pada taktik-taktik dengan menjual pencetak dengan harga borong, menawarkan para pembeli untuk membeli kartrij daripada syarikat tersebut.