HP tolak pengambilalihan bidaan daripada Xerox

WASHINGTON, 18 NOV – HP Inc. kelmarin menolak tawaran bidaan pengambilalihan bernilai AS$33 bilion daripada Xerox, berkata bidaan itu terlalu rendah bagi nilai syarikat pembuat komputer dan pencetak itu.

Tetapi lembaga HP berkata mereka masih ingin membincangkan bagi kemungkinan untuk mencapai kesepakatan dengan pesaingnya itu, sebuah syarikat teknologi tinggi AS yang terkenal dengan mesin fotokopinya.

“Kami menyedari manfaat potensi penggabungan, dan kami terbuka untuk meneroka sama ada terdapat nilai untuk para pemegang saham HP menerusi potensi penggabung-an dengan Xerox,” HP berkata dalam satu kenyataan.

Tetapi ahli lembaga syarikat mempunyai “persoalan dasar yang perlu dijawab” terlebih dahulu, tambahnya.

Misalnya, pendapatan Xerox menurun dari AS$10.2 bilion kepada AS$9.2 bilion sejak Jun 2008.

Manakala HP tiga kali lebih bernilai daripada Xerox dengan harga pasaran AS$27 bilion. – AFP

Gambar fail pada 24 Mei 2016, menunjukkan mesin pencetak Xerox di salah sebuah kedai di utara Andover. – AP