Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    HR FT menang mudah ke atas Hoist FT

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 OGOS – HR FT berjaya mencipta kemenangan ketika menentang Hoist FT dalam Perlawanan kelima Liga Bola Sepak Daerah Belait, pada 27 Ogos lalu bertempat di padang Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) Belait.

    Dalam perlawanan tesebut, pemain HR FT Khairul Ariffin Abd Basheer berjaya menjaringkan dua gol, manakala rakan sepasukannya Junaidi Brahim turut menjaringkan satu lagi gol menjelang separuh masa pertama.

    Sementara itu Jasnie Juri daripada Hoist FT berjaya menjaringkan gol pada permulaan separuh masa kedua, manakala Muizzuddin Jawdi pemain HR FT menjaringkan gol terakhir perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada HR FT dengan jaringan 4-1.

    Sementara itu, Liang Lumut ST turun menentang Mengelella FC di sebelah malam. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Liang Lumut ST dengan jaringan 2-0 sebelum perlawanan tersebut dihentikan akibat hujan lebat.

    Perlawanan antara Liang Lumut ST dan Mengelella FC akan dijadualkan semula pada tarikh kemudian, yang mana jawatankuasa liga menyatakan akan diumumkan di media sosial rasmi mereka.

    Aksi pemain HR FT (kiri) menggelecek pemain Hoist FT (kanan) semasa perlawanan Liga Bola sepak Daerah Belait pada 27 Ogos lalu. – Gambar serahan Jeffery Jamaludin
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...