Hrithik titip pesanan buat anak SRK

Pelakon Hrithik Roshan menulis surat terbuka yang ditujukan kepada anak Shah Rukh Khan (SRK), Aryan Khan.

Baru-baru ini Aryan Khan, 23, ditangkap oleh Biro Pengawalan Narkotik setelah selepas dadah ditemui di kapal pelayaran yang menuju ke Goa. Melalui pesanan itu yang dimuatnaik di Instagram, Hrithik Roshan meluahkan simpati atas apa yang berlaku.

Aktor berusia 47 tahun itu menitipkan pesan buat Aryan. Katanya ‘kegelapan’ dan ujian perlu dilalui untuk menghargai ‘cahaya’ pada masa akan datang.

Hrithik pernah berlakon dengan SRK dan difahamkan kedua-duanya rapat sejak sama-sama berlakon dalam Kabhi Khushi Kabhi Gham. Beliau juga bapa kepada dua anak lelaki remaja iaitu Hrehaan, 14 dan Hridhaan, 13.

Hrithik bukanlah satu-satunya rakan artis yang menyatakan sokongan SRK dan keluarga. Salman Khan dan adiknya Alvira Khan Agnihotri adalah antara yang pertama menghubungi SRK dan isterinya, Gauri Khan, setelah penangkapan Aryan.

Berita penahanan Aryan menjadi bualan ramai di India buat masa ini. Terdahulu, Aryan sebelum itu ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ketika berparti dalam sebuah kapal persiaan Cordelia, yang menuju ke Goa dari Mumbai.

Ketika serbuan dilakukan, Biro Kawalan Narkotik menemui 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD) dan wang tunai Rs 1.33 lakh (RM7,467). – Agensi

Hrithik Roshan menulis surat terbuka yang ditujukan kepada anak Shah Rukh Khan (SRK), Aryan Khan. – Agensi