HRW: Pemusnahan kampung Myanmar ada ‘ciri’ tentera

YANGON, 26 MEI – Sekurang-kurangnya 200 buah rumah dan beberapa bangunan lain musnah dalam kebakaran di negeri dicengkam konflik di Myanmar dalam satu insiden yang ‘semuanya mempunyai ciri’ serangan bakar tentera seperti sebelumnya ke atas kampung-kampung, sebuah kumpulan hak asasi mengatakan hari ini.

Kampung Let Kar di barat daya negeri Rakhine sebahagian besarnya ditinggalkan apabila bangunan-bangunan terbakar pada 16 Mei selepas populasi yang kebanyakannya etnik utama Rakhine, Buddha melarikan diri setahun lalu, kata Human Rights Watch, memetik imej-imej satelit dan para saksi.

Tentera Myanmar terbabit dalam perang semakin ganas dengan Tentera Arakan (AA), pemberontak yang berjuang bagi lebih banyak autonomi bagi etnik Rakhine Buddha, semenjak Januari tahun lalu yang membunuh ribuan orang dan memaksa 150,000 lagi melarikan diri dari kediaman mereka.

Kedua-dua tentera dan AA tidak mengaku bertanggungjawab bagi pemusnahan di Let Kar di perbandaran Mrauk U, saling tuduh-menuduh melakukan apa yang menurut amaran HRW, boleh menjadi satu jenayah perang.

“Pemusnahan kampung Let Kar mempunyai banyak ciri perbuatan membakar tentera ke atas kampung-kampung Rohingya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson. – AFP

Gambar dikeluarkan Tentera Myanmar menunjukkan api membakar di sebuah kampung etnik Rakhine di Kampung Let Kar, bandar Mrauk U, barat daya Myanmar. Kawasan Rakhine semenjak tahun lalu menjadi titik konflik bersenjata antara kerajaan dan Tentera Arakan, yang memperjuangkan autonomi lebih meluas untuk negeri tersebut. – AP