HSBC akan beli perniagaan insurans Axa Singapura

PARIS, 16 OGOS – HSBC bersetuju untuk membeli unit insurans Perancis, Axa di Singapura ketika kumpulan perbankan Britain itu melebarkan tapaknya di Asia, umum syarikat itu hari ini.

HSBC menghasilkan 90 peratus keuntungannya di Asia dan telah berkata ia merancang untuk menggandakan usahanya untuk menarik lebih banyak pasaran di rantau itu.

Bank itu telah bersetuju untuk membeli Axa Singapura, syarikat insurans nyawa kelapan terbesar di bandar itu, pada harga AS$575 juta.

“Ini adalah pemilikan penting yang menunjukkan hasrat kami untuk mengembangkan perniagaan kekayaan kami di seluruh Asia,” kata ketua eksekutif HSBC, Noel Quinn dalam satu kenyataan.

“Kekayaan adalah salah satu pertumbuhan tertinggi kami dan peluang pengembalian tertinggi serta memain-kan kekuatan kami sebagai bank berpusat Asia dengan capaian global,” katanya.

Bank itu berkata ia merancang untuk menggabungkan operasi HSBC Life Singapura dan Axa Singapura, sebaik perjanjian yang tertakluk kepada kelulusan pengawal atur, diselesaikan.

Sebagai sebahagian daripada tunjang Asia, HSBC menjual 90 cawangannya di Amerika Syarikat tahun ini dan menamatkan penyingkiran lama perniagaan runcit Perancis yang tidak memberi keuntungan.

Singapura adalah ‘pasaran penting strategik bagi HSBC dan hab utama bagi perniagaan kekayaan ASEAN,” kata kumpulan perbankan itu. – AFP