Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    HSBC catat keuntungan besar, rancang beli semula saham AS$1b

    HONG KONG, 22 FEB – HSBC hari ini mengumumkan pada tahun 2021 telah mendapatkan keuntungan besar dan merancang untuk membeli semula saham bernilai sehingga AS$1 bilion ketika bank yang menumpukan Asia itu meneruskan pemulihannya daripada wabak koronavirus dan penstrukturan utama semula.

    Sementara itu, pemberi pinjam tersebut mengalami kemelut pada tahun 2020 seperti sektor perbankan yang lain apabila wabak virus COVID-19 menjejaskan ekonomi semasa ia memulakan program penstrukturan semula untuk mengurangkan sekitar 35,000 pekerjaan bagi menumpukan semula kepada kawasan paling menguntungkan di Asia dan Timur Tengah.

    Bank berkenaan hari ini melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak AS$18.9 bilion pada 2021, meningkat AS$10.1 bilion pada tahun sebelumnya, dibantu oleh pinjaman yang lebih rendah dan perbelanjaan operasi.

    Di samping itu, keuntungan selepas cukai meningkat AS$8.6 bilion kepada AS$14.7 bilion. Keuntungan sebelum cukai pada suku keempat meningkat AS$1.3 bilion kepada AS$2.7 bilion.

    Sebagai faedah untuk pelabur, bank itu juga mengumumkan rancangan untuk pembelian balik saham $1 bilion, menambah pembelian balik $2 bilion yang diumumkan lewat tahun lepas.

    Seorang pelanggan memasuki bangunan utama bank HSBC di Hong Kong selepas perbankan itu mengumumkan keuntungan besar pada 2021 dan merancang untuk membeli semula saham. – AFP

    “Kami mempunyai momentum yang baik menjelang 2022 dan yakin boleh terus melaksanakan strategi kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Noel Quinn dalam kenyataan itu.

    “Kami juga tetap menyedari potensi impak yang mungkin timbul akibat ketidaktentuan berkaitan COVID-19 dan inflasi berterusan terhadap kami dan pelanggan kami,” tambahnya.

    HSBC memperoleh 90 peratus daripada keuntungannya di Asia, bersama dengan China dan Hong Kong sebagai pemacu pertumbuhan utama.

    Awal tahun lalu ia menerbitkan strategi baharu yang membentangkan rancangan untuk menggandakan percubaannya untuk merebut lebih banyak pasaran rantau ini.

    HSBC mahu mencari lebih banyak pendapatan berasaskan yuran, terutamanya melalui pengurusan kekayaan untuk golongan Asia yang semakin mewah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...