HSBC nafi ‘aniaya’ Huawei

BEIJING, 26 JULAI – Bank HSBC di London menafikan laporan media China mengatakan ia telah ‘menganiaya’ syarikat gergasi telekom Huawei atau ‘memalsukan bukti’ yang membawa kepada penahanan pegawai syarikat.

Siasatan Washington dalam Huawei, didakwa mencabul sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran – bermula walaupun sebelum penglibatan bank dengan syarikat pada akhir 2016, kata bank semalam dalam komen pertamanya mengenai pertarungan perunda-ngan Huawei di Amerika Utara.

“HSBC tidak berniat jahat terhadap Huawei, atau menganiaya Huawei,” kata bank dalam satu kenyataan yang disiarkan di aplikasi WeChat.

“HSBC tidak memalsukan bukti atau menyembunyikan fakta, atau memutar-belit fakta dan menjejas mana-mana pelanggan untuk faedahnya sendiri.”

Kenyataan HSBC keluar sehari selepas media China, termasuk lidah rasmi parti komunis People’s Daily, menyiarkan laporan menuduh HSBC berbohong mengenai Huawei semasa satu siasatan oleh jabatan keadilan AS. – AFP