HSBC rancang kurangkan 10,000 pekerja lagi

HONG KONG, 7 OKT – HSBC merancang mengurangkan sehingga 10,000 kakitangan, kata satu laporan hari ini, beberapa minggu selepas mengumumkan peletakan ketua eksekutifnya dan pengurangan 4,000 jawatan memetik prospek global yang lemah.

Pengurangan terbaharu, kebanyakan dalam jawatan bergaji tinggi, adalah sebahagian daripada kempen pemotongan kos oleh bos sementara Noel Quinn tatkala syarikat perbankan itu bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kadar faedah yang merosot, Brexit dan perang perniagaan yang berlarutan, lapor Financial Post.

“Kami tahu bertahun-tahun lamanya bahawa kami perlu melakukan sesuatu mengenai kos, komponen terbesar iaitu orang, kini kami sudah sampai ke tahap membimbangkan,” akhbar memetik sumber tanpa nama sebagai berkata. – AFP