HSE penting dalam institusi pendidikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Institusi-institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memastikan kakitangan dan pelajar di bawah jagaan mereka serta pengunjung dilindungi setiap masa daripada sebarang bahaya.

Tugas berkenaan menjadi lebih penting kini ketika institusi-institusi pendidikan menyesuaikan diri dengan tempoh perubahan besar sementara terus untuk menangani cabaran-cabaran sedia ada seperti struktur-struktur baharu dan kebertanggungjawaban serta peningkatan kebimbangan ibu bapa dan orang awam.

Oleh itu, satu pendekatan sistematik perlu untuk menguruskan risiko kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) tempat kerja di institusi-institusi pendidikan.

Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dalam kenyataan yang dikeluarkan menekankan bahawa HSE semua di dalam institusi pendidikan perlulah satu proses berterusan dan terus dirancang, yang kekal dan patut menjadi bahagian penting dalam sistem pengurusan dalam sesebuah institusi pendidikan.

Institusi-institusi pendidikan patut menyedari bahawa tugas mereka melangkaui daripada menjaga keselamatan kakitangan, pelajar dan pelawat termasuk kontraktor, malah ia juga melibatkan tugas mempromosikan nilai-nilai untuk mempromosikan bahawa pihak berkepentingan berkenaan menyedari risiko tetapi tidak memburukkan risiko.

Ilustrasi menunjukkan HSE institusi pendidikan yang ideal. – Gambar serahan SHENA

Dengan memberigakan nilai-nilai berkenaan, manfaat bagi institusi pendidikan adalah mereka mengelakkan kemalangan yang merugikan, kerugian kewangan, kehilangan masa kakitangan dan penangguhan pengajaran.

Pendekatan sedemikian, tambah kenyataan, juga membantu melindungi reputasi institusi pendidikan serta memastikannya mematuhi tugas-tugas di bawah Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tem-pat Kerja, 2009 (WSHO, 2009)

Perintah berkenaan mengarahkan setiap majikan supaya mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan HSE kakitangan dan yang lain di tempat kerja.

Tugas-tugas termasuk menyediakan dan mengekalkan persekitaran tempat kerja dan pembelajaran yang selamat dengan kemudahan yang mencukupi dan pengurusan kebajikan dalam institusi pendidikan.

Selain itu, pembangunan dan pelaksanaan prosedur-prosedur yang sesuai dalam menangani semua bentuk kecemasan yang berkaitan juga diperlukan.

Terdapat juga tugas untuk menyediakan dan memastikan arahan, maklumat, latihan dan pengawasan yang mencukupi bagi kakitangan untuk menjalankan kerja mereka dan mereka serta yang lain tidak terdedah kepada bahaya di tempat kerja.

Kenyataan menekankan bahawa sebagai pengawal atur kebangsaan bagi perkara berkaitan HSE tempat kerja, SHENA mengawal tempat-tempat kerja bukan industri seperti institusi-institusi pendidikan.

SHENA turut menjalankan pemeriksaan, lawatan-lawan pengawasan, siasatan, menilai semula sistem-sistem pengurusan keselamatan (SMS) institusi-institusi pendidikan dan memberikan nasihat HSE dalam menyokong industri.

Di samping itu, program-program outreach juga sebahagian daripada aktiviti SHENA untuk meningkatkan kesedaran ke arah merealisasikan visi SHENA iaitu membuat perbezaan dan memastikan Brunei menjadi tempat selamat untuk bekerja dan hidup.