HTC telah melancarkan telefon pintar siri U terbarunya iaitu HTC U Ultra dan U Play yang didatangkan dengan sistem berasaskan Artificial Intelligence (AI) baru syarikat berkenaan dinamakan Sense Companion.
Sense Companion HTC dikatakan belajar daripada corak hidup harian pengguna dan memberi cadangan, seperti mencadangkan memakai pakaian tebal dan keluar kerja lebih awal pada hari salji, mengingatkan pengguna untuk mengecas peranti jika perlukannya untuk bertahan sehingga sampai ke rumah dan mencadangkan restoran terbaik untuk hujung minggu.
Di samping Sense Companion, ciri-ciri lain kedua-dua telefon pintar termasuk HTC USonic yang menganalisis bentuk bahagian dalam telinga pengguna dengan ‘denyut seperti sonar’ untuk disesuaikan kepada pengguna; kamera depan 16 megapiksel dengan mod UltraPixel; serta rekaan kaca melengkung ‘permukaan cecair’.
Kedua-duanya akan terdapat dalam varian satu SIM dan dua SIM (Nano SIM), bergantung pada rantau, selain itu, kedua-duanya juga akan menggunakan Android 7.0 Nougat dengan Sense UI HTC.
HTC U Ultra menonjolkandua paparan, serupa dengan yang dilihat pada LG V20. Paparan utamanya, Super LCD 5.7 inci menampilkan resolusi QHD (1440×2560 piksel), sementara itu, paparan kedua bersaiz 2 inci pula mengetengahkan resolusi 1040×160 piksel.

Peranti ini akan terdapat dalam dua varian storan dalaman iaitu 64GB dan 128GB dengan varian 64GB menonjolkan perlindungan Gorilla Glass 5 dan 128GB dengan perlindungan kaca nilam.
U Ultra dikuasakan dengan SoC empat teras Qualcomm Snapdragon 821 berkelajuan 2.15GHz dengan RAM 4GB. Ia mempunyai kamera belakang 12-UltraPixel dengan 1.55 mikron piksel, sensor BSI, laser + PDA, penstabilan imej optik, apertur f/2.8 dan denyaran LED dua tona. Di depan pula terdapat kamera 16MP dengan mod UltraPixel dan sensor BSI.
Spesifikasi lain U Ultra termasuk slot kad mikroSD (sehingga 2TB), berat 170g, ukuran 162.41×79.79×7.9mm dan pilihan sambungan 4G LTE dengan VoLTE, GPS/ A-GPS, Bluetooth v4.2, Wi-Fi 802.11ac, NFC, DLNA, Miracast, HTC Connect dan USB 3.1 Type-C. Sensor-sensornya pula termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien, kompas digital dan giroskop.
HTC U Ultra dilengkapi dengan sensor cap jari pada punat utama, pembesar stereo edisi HTC BoomSound Hi-Fi, sokongan Audio Hi-Res serta sokongan rakaman Audio 3D dengan empat mikrofon. Ia disokong bateri 3000mAh dengan Quick Charge 3.0 dan dikatakan mampu bertahan sehingga 26 jam masa bercakap dan sehingga 13 hari masa standby.
Menarik untuk disebutkan, HTC memilih untuk tidak melengkapkan jek fon kepala pada U Ultra, seperti langkah yang diambil Apple bagi iPhone 7.
Sementara itu, HTC U Play pula akan terdapat dalam varian RAM 3GB yang dipadankan dengan storan dalaman 32GB dan RAM 4GB dengan storan 64GB.
Ia menonjolkan paparan Super LCD HD-Penuh (1080×1920 piksel) dengan perlindungan Gorilla Glass dan dikuasakan dengan SoC lapan teras MediaTek Helio P10.
Peranti ini didatangkan dengan kamera belakang 16MP dengan sensor BSI, pentsabilan imej optik, PDAF, apertur f/2.0 dan denyaran dua tona. Manakala itu, di depan pula terdapat kamera 16MP dengan mod UltraPixel, sensor BSI, apertur f/2.0 dengan jarak fokal 28mm.
Seperti HTC U Ultra, storan dalaman U Play boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 2TB).
Pilihan sambungannya termasuk 4G LTE with VoLTE, GPS/ A-GPS, Bluetooth v4.2, Wi-Fi 802.11ac, NFC, DLNA, Miracast, HTC Connect dan USB 2.0 Type-C.
Ia didatangkan dengan sensor akselerometer, sensor cahaya ambien, kompas digital dan giroskop, mempunyai berat 145g dan berukuran 145.99×72.9×7.99mm. Selain itu, telefon pintar ini juga mempunyai sensor cap jari pada punat utama.
HTC U Play disokong bateri 2500mAh dengan sokongan pengecasan pantas (5V/2A) yang dikatakan mampu bertahan sehingga 15.21 jam masa bercakap dan sehingga 427.54 jam masa standby.

































