Hua Ho, Baiduri kerjasama tawar ganjaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Bank Baiduri telah bekerjasama dengan Hua Ho Department Store (Hua Ho) untuk menawarkan ganjaran hebat dan penjimatan bagi para pelanggan yang menggunakan kad debit dan kredit Baiduri dalam promosi Raya Shopping Delights.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, hari ini, semasa promosi tersebut, para pelanggan yang membelanjakan $100 dalam resit tunggal dan membayarnya menggunakan kad debit atau kredit Baiduri akan mendapat satu cabutan bertuah.

Dalam cabutan bertuah itu, pelanggan akan layak untuk memenangi baucar beli-belah bernilai $5, $10, $20 dan $50 sementara stok masih ada.

Setiap pelanggan yang layak akan mendapat tiga cabutan bertuah sehari atau perbelanjaan maksimum $300 dalam resit tunggal.

Promosi itu sudah pun berlangsung bermula 28 April lalu hingga pertengahan Mei ini dan boleh didapati di cawangan Hua Ho di Kiulap, Gadong 2, One City dan Tutong.

Kad kredit Baiduri didatangkan bersama beberapa faedah seperti ganjaran eksklusif dan tawaran bermusim.

Semasa musim perayaan ini, terdapat tawaran bagi pemegang kad Baiduri seperti promosi Get the Little Ones Raya Ready yang bermula 14 April lalu hingga pertengahan Mei, di mana mereka akan mendapat diskaun tambahan bagi pembelian barangan di Mothercare dan Bebeland.

Di samping itu, pemilik kad debit dan kredit Baiduri yang membeli-belah di Rimba Garden Central bermula 5 hingga 23 Mei akan mendapat hadiah percuma bagi setiap pembelian $100.

Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong, mengatakan dalam kenyataan itu yang mereka teruja untuk bekerjasama dengan para peniaga tempatan untuk menyediakan tawaran kepada pemegang kad Baiduri yang dikhususkan untuk keperluan mereka menjelang Hari Raya ini.