NEW YORK, 10 Jan – Laporan berita mengatakan syarikat rangkaian telekomunikasi AS, AT&T telah menggugurkan rancangannya untuk menjual telefon pintar jenama Huawei dari China di AS, membawa kegagalan terhadap rancangan perluasan pengeluar telefon bimbit nombor tiga dunia itu.
Wall Street Journal, memetik sumber-sumber yang tidak pasti, tidak memberi sebarang sebab terhadap keputusan AT&T itu.
Akhbar South China Morning Post di Hong Kong berkata, naib presiden Huawei Technologies Ltd bagi perniagaan pengguna, Richard Yu mengesahkan tindakan berkenaan dalam satu teks pesanan terhadap akhbar itu dan berkata, “Kami telah digagalkan lagi.”
Yu memberitahu The Associated Press pada Disember yang syarikat itu akan mengumumkan penjualan telefon pintar melalui rangkaian AS minggu ini.– AP