Huawei lancar kod sumber OS

SHANGHAI, 10 SEPT – Syarikat telekom China, Huawei hari ini berkata sistem operasi tempatannya boleh didapati pada telefon pintar awal tahun hadapan, ketika ia giat membina ekosistem aplikasi alternatif selepas AS menegahnya daripada menggunakan Android, Google.

Kod sumber bagi HarmonyOS mula diperkenalkan pada awal Disember kepada pencipta perisian yang mencipta aplikasi bagi telefon pintar, kata Yu Chengdong, CEO bahagian produk pengguna Huawei.

HarmonyOS setakat ini hanya digunakan pada produk-produk tertentu termasuk televisyen pintar, sistem hiburan dalam kereta dan peranti sesuai dipakai, bukan telefon pintar syarikat. – AFP