Huawei perkenal konsep baru

LAS VEGAS, 8 Jan – Pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia, Huawei, yang berpuas hati dengan hanya membuat telefon pintar, sedang memperkenalkan konsep telefon bijak, ketua perniagaannya memberitahu Xinhua dalam temu bual Jumaat lalu.

Pada hari pertama Pameran Elektronik Pengguna (CES) yang diadakan bandar Las Vegas di negeri AS, Nevada minggu ini, Richard Yu, ketua Kumpulan Perniagaan Pengguna Huwei, menyampaikan ucaptama untuk memperkenalkan konsep baru Huawei dipanggil ‘telefon bijak’.

Ini adalah kali kedua CES menjemput seorang wakil sebuah syarikat China untuk memberi ucaptama yang begitu ditonjolkan.

Yu memberitahu Xinhua bahawa telefon pintar yang menggabungkan kemampuan Artificial Intelligence (Kebijakan buatan) (AI) boleh dianggap sebagai telefon bijak,” dengan menambah kata telefon pintar boleh menyediakan wawasan komputer, membuat keputusan setempat, robotik, sensor udara, sensor rasa dan sentuhan bijak pada perhubungan dengan dunia luar.

“Peranti berasaskan Al ini menyediakan hubungan antara dunia digital dan dunia fizikal,” kata Yu lagi.

Richard Yu ketika menyampaikan ucaptama pada CES 2017 di The Venetian Las Vegas pada 5 Januari 2017 di Las Vegas, Nevada. Pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia, Huawei akan memperkenalkan konsep telefon bijak. – AFP
Richard Yu ketika menyampaikan ucaptama pada CES 2017 di The Venetian Las Vegas pada 5 Januari 2017 di Las Vegas, Nevada. Pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia, Huawei akan memperkenalkan konsep telefon bijak. – AFP

“Telefon bijak masa depan akan seperti robot berprestasi tinggi tanpa tangan dan kaki, penolong peribadi yang lebih bijak.”

Pada tahun 2015, Huawei menjadi jenama telefon pintar ketiga terbesar di dunia, diikuti dengan jenama Samsung dan Apple, dengan penghantaran 108 juta peranti.

Huawei juga menjadi pengeluar telefon pintar pertama China yang merentasi had penghantaran 100 juta. Tahun lalu, Huawei telah menjual lebih 139 juta telefon pintar, peningkatan hebat 29 peratus berbanding tahun 2015.

Bagaimanapun Huawei tidak berpuas hati berada di tempat ketiga.

“Kini Huawei telah menjual hampir 140 juta peranti setahun, tetapi dalam tempoh dua tahun, bilangan itu mungkin bertambah kepada 200 juta, mengatasi Apple,” kata Yu.

Pertumbuhan pesat Huawei berasaskan pelaburan jangka panjang dalam penyelidikan dan perkembangan (R&D). – Xinhua