Huawei tingkat usaha promosi perkhidmatan mudah alih

LONDON, 16 JAN – Gergasi teknologi China, Huawei melancarkan pelan pelaburan dan alat pemajunya di Persidangan Pemaju Huawei, UK dan Ireland buat julung kali hari ini yang bertujuan untuk menyokong pemaju tempatan yang ingin bekerjasama dengan Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS).

HMS adalah ekosistem mudah alih khusus Huawei. HMS banyak membawa ciri penting seperti Huawei ID, pemberitahuan, pembayaran dan perkhidmatan lain kepada pengguna telefon mudah alihnya.

Sementara itu, integrasi HMS akan membolehkan perniagaan menerima akses langsung kepada perkakasan Huawei dan teknologi perisikan buatan.

Sebanyak 24 peralatan teras HMS dilancarkan di persidangan yang diadakan di London bertujuan menyediakan perniagaan dan pemaju dengan akses alat-alat sumber terbuka pemaju, membolehkan mereka mengalami pengalaman pengguna luar biasa apabila membangun dan mengintegrasikan aplikasi mereka kepada Galeri App Huawei, menurut Syarikat itu.

Syarikat itu juga mengumumkan pelan pelaburan yang bernilai 20 juta pound (kira-kira AS26 juta) untuk membantu mempromosikan pemaju UK dan Ireland yang bekerjasama dengan HMS dan berhasrat untuk menyertai Galeri App Huawei.

Pelaburan itu adalah sebahagian pelan global yang lebih luas dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu di Munich September lepas, yang menyediakan pela-buran sebanyak AS$3 bilion.

HMS sudah mempunyai empat juta pengguna di UK sahaja, mengikut angka yang disediakan oleh Huawei. – Xinhua

Gambar fail pada 29 April 2019 menunjukkan logo dan papan tanda Huawei pada pejabat utama mereka di UK, Reading, barat London. – AFP