Huawei yakin pertahan diri terhadap sekatan AS

DAVOS, SWITZERLAND, 22 JAN – Huawei yakin dapat mempertahankan diri terhadap sekatan Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, pengasas gergasi teknologi China, Ren Zhengfei berkata kelmarin.

Langkah AS untuk meletakkan Huawei ke dalam Senarai Entiti tahun lalu, melarang syarikat itu daripada penyumberan teknologi AS, yang tidak mempunyai kesan signifikan terhadap Huawei, kerana syarikat itu telah membuat persediaan, kata Ren di perbincangan panel dalam mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Ren berkata syarikat itu menjangkakan lebih banyak sekatan dari Washington, yang berkemungkinan menimbulkan beberapa masalah untuk Huawei, tetapi kesannya juga tidak signifikan.

Huawei melalui pembangunan selama bertahun-tahun sebenarnya “sangat pro-Amerika,” kata Ren, menambah bahawa Huawei menjadi lebih berjaya menerusi pembelajaran kebanyakan pengurusannya dari Amerika Syarikat.

“Sejak penubuhan, kami menggaji puluhan perunding AS untuk mengajar kami pengurusan. Melalui kejayaan, keseluruhan sistem kami sebenarnya menyerupai Amerika Syarikat, yang patut dibanggakan, kerana eksportnya (modelnya)menyumbang kepada pembangunan kita,” tambah Ren. – Xinhua

Pengasas dan CEO Huawei, Ren Zhengfei bercakap di perbincangan panel dalam mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. – Xinhua