Hubei buka semula operasi penerbangan domestik kecuali Wuhan

WUHAN, 29 MAC – Dengan penerbangan Fuzhou Airlines berlepas dari bandar Yichang pada pagi ini, perkhidmatan penerbangan awam mula beroperasi semula di Wilayah Hubei tengah China selepas ditangguhkan bagi mengawal penularan koronavirus baharu pada Januari.

Penerbangan FU6779 membawa 64 penumpang meninggalkan lapangan terbang Three Gorges di Yichang menuju ke Fuzhou, bandar timur wilayah Fujian China. Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), kecuali bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe di Wuhan, bandar wilayah Hubei, semua penumpang dan pesawat kargo dalam laluan udara domestik menerusi lapangan terbang di Hubei disambung semula bermula hari ini.

Wilayah yang dilanda teruk wabak COVID-19 membatalkan larangan perjalanan keluar di lalu lintas lebuh raya di kesemua kawasan kecuali Wuhan pada 25 Mac, dengan semua pos kawalan ekspress peringkat lebuh raya, kebangsaan dan wilayah telah dibuka semula dalam masa dua hari, ketika wabak virus itu terus berkurangan. – Xinhua

Kakitangan memeriksa suhu penumpang di pintu masuk Lapangan Terbang Liuji di bandar Xiangyang, wilayah Hubei, tengah China pada 29 Mac. – Xinhua