Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hubungan Brunei-Jerman berkembang baik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Persekutuan Jerman terus menunjukkan perkembangan yang baik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang ekonomi.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Gerda Winkler mengongsikan mengenai salah satu projek utama Jerman yang telah mencapai peringkat akhir dengan menjangkakan kemudahan pengeluaran baja di Taman Perindustrian Sungai Liang, yang dibina oleh Thyssenkrupp dan akan diserahkan kepada pemiliknya, Brunei Fertilizer Industries tidak lama lagi.

    Menurutnya, dengan kapasiti pengeluaran 3,900 tan urea sehari ia merupakan salah satu kemudahan baja terbesar di Asia Tenggara dan bakal menyokong strategi kepelbagaian ekonomi kerajaan Brunei.

    Puan Yang Terutama mengongsikan perkara itu dalam ucapannya pada Majlis Resepsi Sambutan Ulang Tahun Penyatuan Negara Jerman yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Hadir bagi mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis berkenaan ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Menyentuh mengenai dengan pendidikan pula, PYT Gerda Winkler berkata, sekitar 100 orang pelajar Brunei telah melanjutkan pelajaran di Jerman, kebanyakannya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan, dan menjangkakan lebih ramai lagi pelajar, dengan hubungan yang sedia ada antara Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Jerman (Bonn).

    Majlis kemudian diteruskan dengan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf dan PYT Gerda Winkler bersama-sama memotong kek bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Penyatuan Negara Jerman sambil disaksikan oleh pasangan masing-masing.

    Seterusnya, PYT Gerda Winkler menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf dan PYT Gerda Winkler bersama-sama memotong kek bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Penyatuan Negara Jerman.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bergambar ramai pada majlis resepsi berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...