Hubungan cinta Kim Bo Ra, Jo Byeong Gyu berakhir

Selepas kira-kira setahun setengah menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan Kim Bo Ra iaitu MoMent Global memberitahu biarpun pasangan itu sudah berpisah namun hubungan mereka masih baik.

“Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu memang sudah berpisah baru-baru ini. Tapi mereka masih mengekalkan hubungan yang baik antara keduanya,” kata agensi.

Sementara itu agensi pengurusan Jo Byeong Gyu turut mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan perpisahan tersebut adalah disebabkan jadual mereka yang terlalu padat.

Sebelum ini pasangan gandingan dalam drama bersiri Sky Castle itu mendedahkan mereka sedang bercinta sejak Februari tahun lalu. – Agensi

Perhubungan cinta antara Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu berakhir disebabkan jadual mereka yang padat. – Agensi