Hubungan Demi Lovato, Selena Gomez jadi renggang

Penyanyi Demi Lovato dan Selena Gomez merupakan sahabat sejak dari kecil apabila kerjaya mereka bermula ketika sama-sama membintangi drama siri kanak-kanak Barney & Friends.

Kedua-dua penyanyi ini kemudian menandatangani kontrak dengan Disney sehingga mereka menjalani kerjaya dalam industri muzik.

Bagaimanapun hubungan kedua-dua mereka renggang kerana kesibukan masing-masing menguruskan kerjaya seni.

Menerusi sebuah wawancara, Demi Lovato mengakui dia tidak lagi berkawan dengan Selena Gomez.

“Kami tidak lagi berkawan kerana kesibukan masing-masing tapi aku selalu menyanyanginya dan berharap yang terbaik untuknya,” ujar Demi.

Penyanyi lagu Tell Me You Love Me memberitahu satu-satunya bintang Disney yang masih berhubung iaitu Miley Cyrus. – Agensi

Demi dan Selena pernah menjadi bintang Disney. – Agensi