Hubungan dingin Madonna & Rocco kembali pulih

HUBUNGAN penyanyi Madonna, 58, dengan anaknya iaitu Rocco, 16, yang dingin sebelum ini kembali pulih selepas mereka dilihat bercuti bersama-sama.

Percutian itu turut disertai anak Madonna yang lain iaitu Lourdes, 20, David, 11, dan Mercy, 10.

Penyanyi itu turut berkongsi foto mereka bersama rakan-rakan di Instagram termasuklah David Blaine yang menulis “Swiss Fmily Robinson”.

Hubungan Madonna dengan anaknya iaitu Rocco kembali pulih selepas mereka dilihat bercuti bersama-sama.
Hubungan Madonna dengan anaknya iaitu Rocco kembali pulih selepas mereka dilihat bercuti bersama-sama.

Hubungan Madonna dengan Rocco sebelum ini tegang apabila anaknya itu memutuskan untuk tinggal dengan Guy Ritchie bekas suami penyanyi itu di London.

Sebelum ini Madonna dilaporkan telah meminta Blaine membantu memulihkan hubungan dia dengan Rocco.

Pada November lalu, Rocco telah ditahan pihak berkuasa  kerana memiliki dadah ganja yang ditemui dalam beg sandangnya di Primrose Hill, London.