Hubungan Dua Lipa, Anwar semakin renggang

Hubungan antara penyanyi antarabangsa, Dua Lipa dan model Anwar Hadid dilanda krisis kerana mereka berdua jarang meluangkan masa bersama disebabkan kesibukkan kerja masing-masing.

Dua Lipa dan Anwar Hadid sering menunjukkan kasih sayang mereka sebagai pasangan, namun sejak kebelakangan ini mereka berdua jarang dilihat bersama.

Memetik laporan The Sun, sumber mengatakan pasangan tersebut sememangnya sibuk dengan kerja dan ia telah memberi kesan kepada hubu-ngan cinta mereka.

“Pasangan itu mendapat idea untuk berehat daripada hubungan mere-ka bulan lepas kerana terlalu banyak mengembara dan berpisah ternyata sukar.

“Hubungan mereka sedang dalam krisis dan nampaknya bermasalah,” kata sumber itu.

Dua dilaporkan sedang merakam album di London dan juga Los Angeles, manakala Anwar pula bekerja di New York.

Baru-baru ini Anwar turut memuat naik gambar di Instagram yang dianggap sebagai petanda krisis percintaannya apabila dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membimbing langkahnya dan membolehkan dia belajar lebih bahagia dengan dirinya. – Agensi

Hubungan Dua Lipa dan Anwar Hadidi renggang kerana kesibukan kerja. – Agensi