Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Hubungan erat pertahanan Brunei China mainkan peranan penting

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Hubungan dan kerjasama dua hala yang erat dalam bidang pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China memainkan peranan penting dalam pertukaran serta kerjasama luar bagi China di mana dengan usaha kedua buah negara, perkembangan hubungan pertahanan di antara kedua-dua buah negara terus dipertingkatkan.

Perkara itu dinyatakan oleh Atase Pertahanan Kedutaan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Kanan Wu Geng dalam kata alu-aluan beliau di Majlis Resepsi Ulang Tahun Penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) ke-90 yang diadakan di Hotel Raddisson, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Isteri.

Turut hadir ialah Duta Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Yang Jian, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan isteri, perwakilan-perwakilan dari negara-negara sahabat, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta jemputan khas.

Acara memotong kek ulang tahun yang disempurnakan bersama oleh Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan isteri, Yang Jian, Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih dan isteri serta Kolonel Kanan Wu Geng.
Acara memotong kek ulang tahun yang disempurnakan bersama oleh Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan isteri, Yang Jian, Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih dan isteri serta Kolonel Kanan Wu Geng.
Di antara mereka yang hadir di majlis berkenaan.
Di antara mereka yang hadir di majlis berkenaan.

Kolonel Kanan Wu Geng dalam kata alu-aluannya menambah bahawa hubungan dua hala ketenteraan di antara Brunei dan China telah dapat terus diperkukuhkan menerusi pertukaran lawatan, latihan anggota dan latihan ketenteraan dua hala.

Kesemua itu, ulasnya lagi, telah dapat membantu untuk memperkukuhkan lagi persahabatan dan meningkatkan kefahaman bersama. Beliau yakin bahawa kerjasama pertahanan dua hala dan pertukaran pragmatik di antara kedua-dua buah negara akan terus ditingkatkan pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan harapan supaya hubungan di antara ABDB dan PLA akan terus maju dan kukuh pada masa akan datang.

Majlis diteruskan dengan acara memotong kek ulang tahun yang disempurnakan bersama oleh Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan isteri, Yang Jian, Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih dan isteri serta Kolonel Kanan Wu Geng.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -