Thursday, February 9, 2023
23.4 C
Brunei

-

Hubungan Jepun-Korea beransur pulih

SEOUL, 17 JAN – Hubungan antara Korea Selatan dan Jepun kini menunjukkan peningkatan yang jelas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Presiden Yoon Suk Yeol dalam kenyataannya pada ini.

“Hubungan antara Korea Selatan dan Jepun yang melalui ujian paling sukar sejak beberapa tahun lalu kini menunjukkan trend peningkatan yang semakin baik,” lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Yoon.

Kenyataan Yoon dibacakan oleh Naib Menteri Luar Pertama, Cho Hyun-dong, pada persidangan bersama panel swasta kedua-dua negara di Seoul bagi membantu membangunkan hubungan dua hala.

Yoon menegaskan Korea Selatan dan Jepun merupakan jiran terdekat dan paling penting yang perlu bekerjasama dalam semua bidang, termasuk keselamatan dan ekonomi. Presiden berkata kerajaan Seoul akan terus berusaha menambah baik secara praktikal hubungan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dalam kenyataan yang disampaikan oleh Duta Besar Jepun ke Korea Selatan, Koichi Aiboshi juga berjanji untuk berusaha meningkatkan hubungan dua hala.

Kishida berkata beliau akan mengekalkan komunikasi rapat dengan Yoon untuk penyelesaian segera isu yang belum selesai.

Yoon berkali-kali menyatakan komitmennya untuk memperbaiki hubungan dua hala selepas menggantikan pendahulunya yang liberal, Moon Jae-in.

Kedua-dua negara jiran itu telah berusaha untuk meningkatkan kerjasama keselamatan terhadap provokasi dan ancaman Korea Utara. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -