‘Hubungan kami lancar seperti biasa’

Pelakon, model dan pelawak terkenal Korea Lee Kwang Soo mengungkapkan kisah cinta bersama kekasih hatinya Lee Sun Bin.

Dia mengatakan cara mereka berdua bercinta sama seperti pasangan kekasih yang lain walaupun mereka berdua merupakan pasangan selebriti.

“Hubungan kami masih berlancar lancar seperti biasa. Hubungan kami juga sama seperti pasangan kekasih yang lain. Kami tidak dilarang untuk bertemu di luar. Kami masih pergi makan bersama di restoran dan melakukan banyak perkara bersama-sama,” kata Lee Kwang Soo dalam temu bual dengan Hankook Ilbo baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, kedua-dua pasangan ini kelihatan saling memberi sokongan di media sosial dan selepas berpeluang ditemukan dalam program rancangan Running Man.

Sehingga Disember 2018, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin telah membuat pengakuan bahawa mereka telah bercinta selama lima bulan.

Dikatakan, pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan tahun ini namun tarikh hari bahagia tersebut masih menjadi rahsia. Mereka juga dikatakan sudah melakukan persiapan dan membeli sebuah rumah bersama. – Agensi

Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini namun tarikh hari bahagia tersebut masih menjadi rahsia. – Agensi