Hubungan Katy Perry, Taylor Swift kembali baik selepas 6 tahun

Penyanyi Katy Perry, 35, memberitahu media mengenai hubungan persahabatan yang berbaik semula dengan penyanyi beusia 30 tahun, Taylor Swift, selepas mereka bersengketa selama enam tahun, di dalam sebuah temu bual dengan majalah Australia dan mengakui walaupun mereka sering bercakap-cakap, tetapi hubungan mereka tidak seakrab seperti dahulu.

“Kami tidak mempunyai hubungan yang rapat disebabkan masing-masing sibuk, tetapi kami kerap menghantar pesanan,” dedah beliau dalam temu bual.

“Saya kagum dengan dokumentari beliau (Miss Americana) kerana saya nampak mengenai kesedaran diri yang terjadi dan saya melihat banyak rentetan.”

Penyanyi lagu ‘Firework’ turut memuji bekas teman beliau kerana berani dengan pendirian beliau untuk mendedahkan perkara yang dipercayai-nya walaupun tidak kelihatan indah.

“Saya sangat teruja untuk beliau kerana dapat mempersembahkan dunia yang sebenar: ia tidak sempurna, ia tidak semestinya sempurna dan lebih cantik apabila ia tidak sempurna.

Katy turut mengakui bahawa beliau merasakan artis wanita, seperti dirinya dan Taylor, menentang permusuhan sesama sendiri, tidak seperti mereka yang dahulu.

“Saya sebenarnya tidak melihat banyak perubahan di kalangan artis wanita. Walaupun mereka lebih bersatu sekarang, itu yang hebat,” menurut Katy Perry.

“Kami sebelum ini berdiri di hujung penjuru dan tertanya-tanya adakah kami menyukai sesama kami. Tapi sekarang kami lebih tenang.”- Agensi