Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Hubungan Malaysia-UAE di landasan betul

    KUALA LUMPUR, 21 MEI – Hubungan perdagangan dua hala di antara Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini berada di landasan pertumbuhan yang betul, dengan lebih banyak bidang dan peluang untuk diteroka oleh kedua-dua negara dalam melangkah maju, menurut pandangan pakar ekonomi.

    Profesor ekonomi di Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata UAE ialah antara 20 destinasi eksport utama Malaysia selain menjadi antara pasaran yang paling pesat berkembang untuk eksport Malaysia, apabila berkembang 43 peratus pada 2022.

    Beliau berkata justeru, terdapat potensi kukuh untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, dengan Malaysia boleh memanfaatkan pasaran Timur Tengah melalui UAE dan demikian juga UAE boleh meneroka peluang perdagangan dan pelaburan di Asean melalui Malaysia.

    “Memandangkan ekonomi maju menghadapi cabaran dalam mengekalkan pertumbuhan, negara yang bergantung kepada perdagangan seperti Malaysia perlu mempelbagaikan pasaran eksportnya untuk mengimbangi permintaan pasaran maju yang semakin lemah.

    “Perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan negara-negara di Asia telah sedia berkembang. Oleh itu, memperluas tumpuan ke rantau lain termasuk negara Timur Tengah akan menjadi peluasan semula jadi bagi pempelbagaian pasaran eksport,” katanya. – Bernama

    Dr Yeah Kim Leng berkata hubungan Malaysia-UAE berada di landasan yang betul. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...