Hubungan mesra mengundang spekulasi

Lakonan romantis Park Min Young dan Kim Jae Wook menerusi drama Her Private Life mengundang spekulasi apabila ramai peminat yakin dua pelakon itu sedang dilamun cinta.

Dakwaan itu timbul apabila babak mereka berdua kelihatan natural dan tidak dibuat-buat.

Setiap lontaran dialog cinta mahupun pandangan mata tampak ikhlas.

Bagaimanapun, Min Young menegaskan itu hanyalah lakonan dan gembira kerana penonton menyukai gandingannya dengan Jae Wook.

Min Young menegaskan dia sentiasa memberikan yang terbaik walau siapa pun rakan gandingannya.

Enggan mengulas lanjut perkara itu, Min Young menegaskan masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan. – Agensi

Melihatkan keserasian Min Young dan Jae Wook, ada antara peminat mendoakan agar mereka benar-benar bercinta dalam kehidupan sebenar.

Enggan mengulas lanjut perkara itu, Min Young menegaskan masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan termasuklah deretan drama akan dibintanginya selepas ini.

Menyukai drama komedi romantis, Min Young tidak kesah sekiranya dia dilabel ratu genre itu.

Dia sukakan suasana kerja drama sebegitu dan berharap ada banyak lagi tawaran selepas ini.

“Saya suka drama komedi romantis kerana banyak dialog kelakar malah kru juga sering bergurau senda sekali gus membuatkan suasana kerja menjadi ceria. Jika ada lagi tawaran drama genre ini, pasti saya terima.

“Bagaimanapun, saya juga tidak menolak sekiranya diberikan naskhah dan watak serius. Sebagai pelakon, saya kena bersedia bawa apa sahaja watak,” katanya. – Agensi