Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Nicki Minaj dan Nas semakin rapat

    PENYANYI Nicki Minaj dan Nas dikatakan sedang berkawan rapat dan hubungan mereka menjadi bualan hangat kerana dilihat menghabiskan waktu bersama.

    Namun, menurut sumber dipetik dari E! News, pasangan ini bukannya sekadar berkawan tetapi bercinta sejak bulan Mei lalu.

    “Nicki bukan seorang yang sekadar berfoya-foya dalam hubungan. Mereka berdua kini sedang mengenali hati budi secara dekat,” kata sumber terdekat.

    Terdahulu, Nicki menikmati makan malam secara tertutup bagi menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya di New York baru-baru ini.

    Sejak dari itu, hubungan mereka mula dihidu media dan peminatnya. Malah, Nas juga ada memuat naik foto mereka berdua di akaun Instagram pada hari yang sama.

    Nicki Minaj dan Nas semakin serius dalam hubungan mereka sejak Mei lalu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda