Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    ‘Hubungan rapat’ dengan Auba cetus spekulasi

    LONDON, 12 OGOS – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berkata dia sentiasa mempunyai ‘hubungan rapat’ dengan Pierre-Emerick Aubameyang, meningkatkan spekulasi penyerang Barcelona itu berpindah ke Stamford Bridge.

    The Blues berusaha untuk memperkuat jentera serangan selepas Romelu Lukaku dan Timo Werner meninggalkan kelab.

    Aubameyang, yang menyertai Barcelona Januari lalu, dilihat sesuai dengan pengalamannya beraksi di Liga Perdana Inggeris selama empat tahun bersama Arsenal dan sebelum ini pernah bermain untuk Tuchel di Borussia Dortmund.

    Pemain kebangsaan Gabon itu meledak 79 gol dalam 95 penampilan di bawah Tuchel.

    “Ini benar-benar berasingan dengan segala yang berlaku ketika ini, tetapi saya senang bekerjasama dengan Auba ketika saya berada di Dortmund,” kata Tuchel hari ini semasa sidang media pra perlawanan menjelang pertemuan menentang Tottenham.

    “Ada pemain sanggup setia bersama kelab kerana mereka sangat rapat, dan Auba adalah salah seorang daripada pemain itu.” – AFP 

    Reaksi Thomas Tuchel memberi arahan kepada anak buahnya semasa pertemuan menentang Everton minggu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...