Hubungan sihat China-AS perlu untuk tindak balas berkesan terhadap cabaran global

BEIJING, 16 NOV – Hubungan sihat dan stabil antara China dan Amerika Syarikat (AS) diperlukan bagi mengekalkan persekitaran antarabangsa yang mantap dan bertindak balas secara berkesan terhadap cabaran global, kata Presiden China Xi Jinping pada Selasa semasa sidang kemuncak maya dengan Presiden AS Joe Biden, menurut Sputnik.

“Hubungan sihat dan mampan antara China dan AS penting untuk memajukan pembangunan kedua-dua negara dan memastikan persekitaran antarabangsa yang aman dan stabil, termasuk tindak balas berkesan terhadap cabaran global seperti perubahan iklim dan pandemik COVID-19,” kata Xi seperti dipetik oleh Kementerian Luar China.

Pemimpin China itu juga menegaskan bahawa, sebagai dua ekonomi terbesar dunia dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan AS harus mengukuhkan kerjasama, serta usaha bersama untuk mempromosikan matlamat keamanan dan pembangunan manusia. – Bernama

Skrin televisyen menunjukkan berita mengenai mesyuarat maya antara Xi Jinping dan Joe Biden, di sebuah restoran di Beijing, 16 November. – AFP