Hubungan Zayn Malik dan Gigi Hadid berakhir?

Selepas setahun menyambut kelahiran anak perempuan, hubungan pasangan selebriti Zayn Malik dan Gigi Hadid dikatakan sudah berakhir.

Memetik laporan Hollywoodlife, perpisahan itu berlaku disebabkan pertengkaran antara Zayn dan ibu kepada Gigi iaitu Yolanda.

Menurut sumber terdekat, biarpun tidak lagi bersama namun Gigi dan Zayn tetap bersama-sama menjaga anak mereka dengan baik.

“Mereka sudah tidak bersama sekarang. Tapi mereka tetap menjadi ibu bapa yang terbaik menjaga anak.

“Sudah tentu Yolanda mahu melindungi Gigi. Dia mahukan yang terbaik buat anak perempuan dan cucunya,” kata sumber.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 dan Gigi melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Kai pada September tahun lalu. – Agensi

Hubungan pasangan selebriti Zayn Malik dan Gigi Hadid dikatakan sudah berakhir. – Agensi