Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungi 123 untuk urusan perniagaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jan – Pada 1 Januari 2017, Darussalam Enterprise (DARE) mempunyai saluran tambahan menggunakan Talian Darussalam 123 bagi memudahkan orang ramai berkongsi isu-isu berkaitan perniagaan, pertanyaan dan cadangan mereka.

    Di samping Talian Darussalam 123, komuniti perniagaan boleh terus menggunakan saluran lain termasuk melalui online Business Helpdesk (BHD) yang boleh didapati di http://www.business.gov.bn/businessheldesk/Home.aspx, menghubungi hotline DARE 8363442 atau e-mel dare@ei.gov.bn.

    Perkhidmatan BHD juga disediakan di Pusat Sokongan Perniagaan yang berfungsi sebagai tempat atau portal tunggal untuk individu untuk bertanya atau memproses apa-apa isu-isu berkaitan dengan perniagaan atau permohonan.

    BSC terletak di Bangunan Reka Bentuk & Teknologi, Taman Teknologi Anggerek Desa dan juga di Kuala Belait dan Bangunan Lembaga Perbandaran Seria. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan di bawah kedua-dua cawangan itu boleh didapati di www.dare.gov.bn.

    Sejak penubuhan DARE pada Februari 2016, setakat 12 Januari tahun ini, BHD telah menerima sejumlah 1,830 isu-isu berkaitan perniagaan dan 99 peratus daripadanya telah diselesaikan tidak termasuk isu pembayaran lewat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda