Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Hughes sasar 10 teratas di Sanderson Farms

    WASHINGTON, 4 OKT – Juara terkini dari Kanada, Mackenzie Hughes, akan mencuba mempertahankan gelarannya dan membina momentum bagi musim PGA 2024 apabila Kejohanan Jelajah PGA Sanderson Farms bermula esok.

    Kejohanan itu akan diadakan di Country Club of Jackson, Mississippi dan merupakan salah satu daripada tujuh acara akhir tahun yang akan menentukan kelayakan dan status bermain untuk kempen PGA 2024.

    “Ini tempat yang bagus untuk kembali. Jelas sekali ia adalah kenangan yang luar biasa,” kata Hughes.

    “Seronok dapat kembali. Saya benar-benar bermotivasi untuk cuba menghidupkan kembali perasaan-perasaan seperti tahun lalu,” katanya.

    Satu-satunya pemain yang memenangi gelaran berturut-turut pada acara itu ialah American Dwight Nevil pada 1973-74.

    Hughes berada dalam kedudukan untuk layak ke acara signature di Pebble Beach dan Riviera pada musim depan dengan kekal dalam 10 teratas dalam kalangan mereka yang berebut tempat pada musim PGA 2024.

    “Pada dasarnya, saya hanya cuba bermain golf dengan baik pada musim luruh ini dan mendapatkan momentum untuk tahun depan. Jika saya memberi tumpuan pada prestasi peribadi, bermain golf dengan baik, mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan baik,” ujar Hughes.

    Hughes, yang berada di tangga ke-96, meraih dua gelaran PGA pertamanya pada permulaan musim luruh dan dalam playoff yang sengit. Dia memenangi playoff lima pemain untuk merebut Kejohanan RSM Classic 2016 dan menambah gelarannya tahun lalu di Jackson setelah mengalahkan pemain Austria, Sepp Straka. – AFP

    Hughes beraksi semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Kelab Desa Kasumigaseki, Kawagoe pada 30 Julai 2021. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...