Hugo Lloris bimbang masa depan Sissoko

NEW YORK, 26 Julai – Kapten Perancis Hugo Lloris bimbang masa depan tidak menentu Moussa Sissoko di Tottenham Hotspur mungkin memberi impak terhadap persiapan skuad Les Bleus bagi menghadapi Piala Dunia di Rusia, tahun depan.

Sissoko, yang memecah rekod pembelian Spurs ketika berpindah dari Newcastel dengan 30 juta pound Ogos lalu, menyuarakan rasa tidak gembira kepada L’Equipe pada Mei selepas hanya disenaraikan dalam lapan permulaan aksi musim lalu.

Pemain ini juga memperincikan butiran perselisihan dengan pengurus Spurs Mauricio Pochettino.

Pengendali dari Argentina itu tampak kurang berpuas hati dengan luahan terbuka pemain berusia 27 tahun itu yang tidak menyertai skuad jelajah AS Tottenham ketika ini.

Sissoko antara seorang bintang di Euro 2016 di bawah jurulatih kebangsaan dan Lloris sedar Didier Deschamps perlu segera mencari jawapan mengenai masa depannya demi kelab dan juga negara.

Kelab Turki, Trabzonspor dikatakan berminat mendapatkan Sissoko secara pinjaman namun Tottenham mahu meletakkan harga tinggi dengan bayaran mencecah 85,000 pound seminggu sekali gus bakal menjadi penghalang kepada mana-mana tawaran berpotensi.

“Dia perlu bermain lebih daripada musim lalu. Tetapi ia kembali kepada persoalan pilihan. Keputusan itu tidak berada di tangan saya, ia terletak di tangannya dan kita akan lihat apakah yang bakal berlaku.”

Lloris turut berkata: “Ia bukan satu situasi mudah buat dirinya, pasukan dan juga pengurus. Apa yang jelas, pengurus mungkin memilihnya untuk berada dalam pasukan dalam siri jelajah AS, tetapi ia berlaku sebaliknya.

“Dia sedang mempersiapkan diri untuk minggu depan. Moussa mempunyai mentaliti yang kuat. Saya sudah bermain dengannya dan saya tidak bimbang.

“Benar, musim lalu sedikit mengecewakannya dan dia perlu banyak membuktikan kemampuan dan selepas itu, kita lihat apa yang bakal berlaku. – AFP